Mona & Jeffrey, the Lovers(4)


“Bang, topup maxis RM5,” kata Mona sambil menghulurkan wang kertas RM 10. Sedang dia sibuk menggores kad topup itu sambil berjalan, Gedeguk!

“Aduh. Gemuk mana yang aku langgar ni?” bebel Mona dalam hati tatkala merasakan dia terlanggar seseorang. Kertas di dalam file yang dipegangnya bertaburan di atas lantai. Mata bertentang mata, rambut Mona tiba-tiba ditiup angin, mengerbang persis si cantik yang terlihat hero pujaannya. Peh, dah macam cerita Hindustan. Ah, dia ni rupanya. Lelaki berkasut Vans Zapato warna ungu buat muka tak puas hati. Gaya macam orang nak gaduh.

“Eh, sorry. Terpijak kasut awak pulak,” kata Mona sambil tersengih kambing. Manalah dia perasaan dia terpijak kasut lelaki itu. Kata tengah busy gores kad topup kan. Lelaki berkasut Vans Zapato warna ungu pergi begitu sahaja selepas membantu Mona menyusun kertas-kertasnya. Lelaki ini, sombong betul !