Hal ini berlaku ketika Mona dan Jeffrey sedang berjalan di pasar malam. Pukul berapa? Secara umumnya kita tahu pasar malam ni start dari petang sampai malam. Tapi rasanya masa berlaku kejadian ni, dah nak dekat Maghrib. Tengah-tengah antara petang dengan malam gitu.
Okay, mari teruskan cerita.
Jeffrey bosan. Dah habis semua makanan dia tengok, belek-belek. Tapi tak beli pun. Kali ini dia rasa nak tengok orang pulak. Hmm yang mana satu yang akan kena ni?
Haaa jumpa dah
………..
“eh you. Tengok lelaki tu. Muka tak handsome, tapi makwe dia cantik lah, pelik betul” kata Jeffrey sambil mencuit bahu Mona.
“Apa yang nak peliknya, biasalah tu” jawab Mona selamba. Matanya masih tertumpu pada nasi kerabu, nasi ayam penyet, sate dan segala jenis makanan lagi.
Mona menoleh ke arah Jeffrey. Dia nak bagi plastik kuih.
“Oh, shit ! ex-boyfriend I” lantas itu Mona terus memusingkan posisi badannya ke arah lain.
“Mana?” Jeffrey
“Tu, yang pakai T-shirt The Strokes tu” Mona
“Ex-boyfriend you yang tak handsome tu?” annoying Jeffrey
“Ingatkan you couple dengan orang handsome je” annoying Jeffrey, again
“Sayang, habis tu you ingat you handsome sangat ke?” annoying Mona
Kita dapat tafsirkan di sini bahawa Jeffrey adalah seorang lelaki yang perasan handsome. Ya, dia mungkin lebih sedikit handsomenya daripada ex-boyfriend Mona, tapi tak mungkin akan sama taraf handsomenya dengan pelakon-pelakon telenovela Sepanyol. Dan Mona pula, kita patut tahu bahawa dia sangat sayangkan Jeffrey walaupun Jeffrey hanya handsome lebih sedikit sahaja daripada ex-boyfriendnya. Walaupun kadang-kadang perbualan mereka macam annoying, kita juga patut tahu bahawa Mona dan Jeffrey adalah pasangan kekasih yang bahagia.