Jeffrey hilang. Hampir sebulan. Dia ke klinik untuk rawat ego yang tercalar. Bukan senang untuk dia jumpa, tiba-tiba suka dan confess pada seorang perempuan. Sebab dia jenis lelaki ego. Diturunkan ego-nya kali ini semata-mata Mona, walau Mona tolak.
Satu hari mereka terserempak. Mona pantas tarik tangan Jeffrey. Jeffrey tak pandang muka Mona. Langsung tak pandang. Riak wajahnya jelas menampakkan rasa tidak suka. Mona seolah-olah boleh dengar yang Jeffrey mencarut-carut dalam hati.
“Mana you pergi? Lama tak call, sms I,” Mona cuba bertanya secara baik. And she got the answer that she’d expected Jeffrey to say.
“None of your business, miss”. Ya, itu yang Jeffrey jawab sebelum dia pergi begitu sahaja.
I love you, Mona. DAMN IT ! (kata Jeffrey, dalam hati)