Jeffrey mula risau. Gelabah juga dibuatnya bila dah berhari-hari Mona tak sms, tak call. Nak jumpa lagilah dia tak nak. Tinggi betul ego Mona kali ini. Pada petang itu, Jeffrey ambil keputusan untuk ke rumah Mona. Apa nak jadi pun jadilah. Mona nak baling pinggan ke, nak baling periuk ke, nak tarik rambut dia ke. Jeffrey tak kisah. Yang penting, dia dapat jumpa Mona. Sampainya di depan rumah Mona, Jeffrey terus masuk ke halaman rumah. Pintu pagar tak berkunci. Eh, pintu rumah pun tak berkunci. Tapi nampak tak manis pulak bila jejaka tampan macam dia masuk ke rumah anak dara tanpa minta izin dulu kan. Jeffrey mengetuk pintu rumah. Mona yang ketika itu berada dalam biliknya, keluar untuk membuka pintu. Dia ingatkan Mina yang datang. Pintu dibuka. Oh shit. Jeffrey. Okay pintu ditutup balik sebelum sempat Jeffrey berkata apa-apa. “You, bukak pintu ni, kasi I masuk please? We need to talk,” kata Jeffrey sedikit terjerit berikutan pintu yang ditutup. Pintu kelihatan terbuka dengan perlahan.
“Eh you demam? Ni kenapa selubung dengan comforter ni?” tanya Jeffrey
“Yup, demam. Dah seminggu. Masuklah, sorry rumah I bersepah,”
“Housemate you mana?”
“Dekat atas, tidur lagi kot,”
Mona ke dapur untuk buatkan Jeffrey air. Malas nak masak air, dia hanya ambil air oren di dalam peti ais. Jeffrey menapak ke dapur. Dia duduk di meja makan sambil memerhatikan gerak geri Mona. Nampak gaya macam Mona masih lagi marah.
“Nah air,” Mona menghulurkan segelas air oren kepada Jeffrey
Hachuummm!
Jeffrey tergelak kecil melihat Mona yang baru sahaja terbersin
“What? Mona bertanya. Tak puas hati.
“Hingus lah you, nah tisu. Lap cepat,” kata Jeffrey sambil menghulurkan sehelai tisu
“Aaaa, malu. Okay dah you pergi balik lah,” Mona
“You,” Jeffrey
“Apaa lagi?” Mona
“I miss you,” Jeffrey
“Bullshit,” Mona
“I miss you, and I’m sorry okay? You nak makan maggi apa? I masakkan,” Jeffrey
“I nak maggi goreng,” Mona
“Alamak, yang tu I tak reti lah,” Jeffrey buat muka tak bersalah. Dan tak semena-mena mereka berdua ketawa tak ingat dunia.
“Dah la you, I dah agak you tak reti, ” sambung Mona. Ketawanya belum habis lagi.
“You tak marah I dah?” tanya Jeffrey tiba-tiba
“Mcd jom?” Mona
“Aik, kata demam?” Jeffrey
“Dah baik dah ni rasanya,” Mona
They just can’t live without each other.