Dalam dunia ini, kita sebenarnya hidup dalam dua dimensi. Satu dimensi manusia dan satu lagi dimensi roh. Dont get me wrong. Aku bukannya mahu buat ajaran sesat di sini. Aku cuma mahu bicara tentang Jimmy. Jimmy mati bulan lepas. (Jimmy pernah menjalin hubungan dengan aku selama 3 tahun). Aku agak terkejut bila mendengar berita kematian Jimmy. Eksiden menurut kata Bob. Aku juga pada mulanya tidak percaya akan kewujudan dua dimensi ini. Tapi selepas kematian Jimmy, aku asyik dikacau dengan bunyi-bunyian pelik di rumah. Pada pukul 3 pagi keatas, bilik air akan berbunyi seakan ada orang sedang mandi. Aku boleh dengar dengan jelas bunyi paip sinki dibuka. Kedengarannya seperti ada orang sedang menggosok gigi. Lazimnya, aku biarkan sahaja bunyi-bunyi pelik tersebut. Aku cerita pada Bob. Bob kata sejak kematian Jimmy, dia pun ada dinganggu bunyi-bunyi pelik di rumahnya. Seminggu sekali pasti kedengaran bunyi ada orang buat air di dapur. Selalunya berlaku pada waktu yang sama iaitu pukul 3 pagi keatas.
"Aku syak Jimmy yang buat bunyi-bunyi tu, mungkin dekat dimensi satu lagi tengah waktu pagi. Sebab tu kau dengar bunyi orang gosok gigi" kata Bob sambil menghembuskan asap rokok. Asapnya menyelebungi aku. Aku tepis dengan tangan dan beri pada orang sebelah. Bob ketawa melihat gelagat aku.
"Jimmy tak pernah datang rumah aku semasa dia hidup, takkanlah dia datang rumah aku gosok gigi kot,"
"Habis, siapa?"Dia je yang ada potensi untuk jadi hantu. Besides, ikut suka dia lah nak gosok gigi dekat mana"
Aku terdiam sebentar. Cuba memikirkan kebenaran kata-kata Bob. Memang kalau bukan Jimmy, siapa lagi kan.
"Kalau macam tu, kau rasa kenapa dia kacau kita?"
"Sebab rindu mungkin?"
Haha. Agak tidak logik teori Bob disitu. Kenapa Jimmy nak rindu aku. Dulu dia yang beria nak tinggalkan aku sebab perempuan lain. Sekarang dah jadi hantu baru tahu erti rindu?
Sedang kami rancak berbual dan mengingati memori bersama arwah Jimmy(reminiscing old memories, omputih kata), tiba-tiba sahaja gelas milo ais Bob jatuh ke bawah meja. Kami berpandangan sesama sendiri. Meremang bulu roma aku dibuatnya. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba sahaja gelas jatuh.
"Aku rasa Jimmy marah kita borak pasal dia," kata Bob dengan muka cuak. Aku tersenyum kelat.
"Bobb, taakuttt"
"Ah, tak ada apalah. Dia nak join kita kot". Aku tersenyum kelat lagi apabila mendengar kata-kata Bob
"Hai Jimmy, have a seat" pelawa aku sambil tarik kerusi sebelah Bob.