Hati-ah-mati (2)


Aku duduk menongkat dagu di tepi tingkap bilik. “Awak bukan lagi siapa-siapa. Harta awak semuanya telah diambil. Yang tinggal hanya hati ini,” kata dia sambil menunjukkan seketul hati berwarna merah darah yang baru sahaja dirobek dari dada dia sendiri. Terbeliak biji mata aku apabila melihat perbuatannya itu. 
"Awak cuba bergurau dengan saya? Saya tak mahu berhutang dengan awak," kata aku pada dia. Tiba-tiba saja hati di telapak tangannya berdenyut kuat. Aku risau kalau-kalau hati kecil itu akan meletup gara-gara berdenyut terlalu kuat. Sanggup pula aku mahu mengelap sisa-sisa hati tu nanti. Hati empunya diri yang satu ini saja sudah cukup payah untuk aku jaga. Apatah lagi hati di telapak tanganmu itu, monolog aku.
Aku ambil hati itu dari tangan dia lalu dengan sekuat hati, aku baling hati dia ke luar tingkap. Mujurlah hati itu disambut kemas Laila, gadis kacukan cina-portugis, bermata biru, berkulit mulus. Entah kebetulan atau suratan. Entah yang mana satu.