Tidak salah rasanya kalau Mona mulakan harinya pada Selasa yang tak bersalah ini dengan ponteng kuliah. Kepalanya berat sangat. Semalam dia menangis seharian. Amir telefon. Dia merayu-rayu untuk diterima kembali oleh Mona. Apa bodoh sangat lelaki ini. Dah terang-terang ada perempuan lain, kenapa masih terhegeh-hegeh nak suruh Mona terima dia balik. Mona mungkin nampak kuat dari luarannya. Tapi hati dia, separuh masih ada pada Amir Redza. Cuma egonya sahaja yang menjadi benteng. Lagipun Jamina dah pesan. JANGAN TERIMA AMIR BALIK, WALAU APAPUN YANG TERJADI.
Semalam Amir kata, “I’ll do anything for you sayang. Saya sayang awak, sayang saya pada awak tak pernah berubah,”
Okay, nampak sangat menipu kan?
c’mon lah Amir . Mungkin sayang kau pada Mona tak pernah berubah, tapi cuba kau fikir, nak ke Mona berkongsi sayang kau dengan orang lain? Dalam cinta perlu ada rasa tamak juga kadang-kadang. Perkara kongsi-kongsi ini bukan boleh dibuat main-main.