Mona & Jeffrey, the Lovers(1)


“Okay, fine. Awak nak sangat perempuan tu kan? Kita putus ! ”

Gedeganggg! Pintu ditutup kuat. Tubuh itu jatuh, perlahan-lahan di belakang pintu. Air mata yang keluar mungkin tidak cukup baldi untuk ditadah. Dia tahu, dia bodoh untuk menangis kerana lelaki itu. Tapi kalau dah cinta, apalah sangat untuk menjadi bodoh sebegitu. Ini baru perkara kecil, belum lagi yang besar-besar seperti tunang tak jadi ke, kahwin kena cancel ke. Tuhan sudah bagi petunjuk. Tapi Mona buat-buat tak tahu. Apalah sangat yang ada pada Amir yang buat Mona boleh bertahan begitu. Nak kata bodoh, Mona ni pandai orangnya. Pointer masa dekat matriks dulu pun boleh tahan. Pointer dekat university ni haa, pernah lah jugak merasa dapat dekan. Tapi dek kerana Amir Redza, Mona jadi bodoh begini.

Langsir di dalam bilik ditarik bagi cahaya matahari masuk. Dah 3 hari Mona duduk terperap dalam bilik gelap macam gua yang gelapnya mengalahkan Gua Tempurung. Baju dalam bakul laundry jangan cakaplah. Bertimbun. Plastik kertas Mcd, botol air f&n stroberi, plastic Twisties bersepah-sepah atas katil. Ya, atas katil. Bukan bawah katil. Tak senonoh betul. Tapi orang putus cinta, nak buat macam mana. Selesai sahaja mandi, Mona ambil keputusan untuk keluar rumah. Mengikut apa yang di-plannya, nak pergi hantar baju dekat dobi, pergi Careffour dan pergi Secret Recipe.

“Kak, baju yang basuh dekat sini pakai softener Downy tak?” Mona

“Mintak maaflah dik, baju-baju dekat sini kami ada softener khas, tak pakai Downy,” kakak dobi

Mona keluar dari Dobi Pujaan dengan beg besar baju kotor dia. Tak jadi basuh di sana sebab tak ada Downy. Menurut Mona, kalau sedih dia suka bau Downy. Bau Downy boleh buat dia jadi gembira. “Ah, takpa. Baik aku pergi Careffour beli Downy sendiri,” kata Mona di dalam hati. Hai Mona, rajin pulak kau nak cuci baju pakai tangan nanti. Ish ish.

Sesampainya di Careffour, Mona terus ambil trolley. Oh ini juga merupakan satu terapi kesedihan. Iaitu dengan membeli groceries banyak-banyak. Tapi sebelum itu, pergilah keluarkan duit dekat ATM ya.

Mona terus menuju ke bahagian groceries. Mula-mula ke bahagian cereal. Kemudian ke bahagian snacks, air, bla bla bla. Sebenarnya tak banyak sangat pun barang yang dibeli Mona untuk kenduri kesedihannya. Time-time akhir bulan ni, manalah nak ada duit sangat. Perkara basic tu semua orang pun tahu.

Destinasi seterusnya ialah Secret Recipe. Jalan yang agak sesak membuatkan Mona berkali-kali hampir mencarut di dalam kereta. Nasiblah cermin kereta tebal. Orang dekat luar tu hanya nampak perempuan rambut paras bahu, manis dan ayu dalam kereta. Dan bukannya perempuan rambut paras baru kuat mencarut dalam kereta.

Selesai membeli Oreo Cheesecake, Mona bergegas pulang. Jamina on the way datang rumah. Ada hal penting katanya. Jamina ni sebenarnya kalau datang rumah Mona, motifnya memang nak habiskan makanan orang. Ha, tengok macam hari ini. Macam tahu-tahu je Mona baru balik dari shopping dekat Careffour.

Segelas air oren dihulurkan kepada Jamina. Oh ya, Jamina teman rapat Mona. Teman sejak sekolah lagi. Kalau Mona ada apa-apa masalah, Jamina lah yang menjadi tempat rujukannya. Tapi hari ini entah apa sebab Jamina datang ke rumah Mona.

“Apa yang penting sangat ni Mina? kalau nak habiskan makanan aku, kau kirim salam je lah, aku tak ada banyak sangat makanan hari ini,” bebel Mona sambil tangannya sibuk membelek helaian majalah Cleo.

Jamina menceritakan perihal Amir yang dia nampak di dalam kereta tadi. Menurutnya, ada perempuan cantik di sebelah Amir dalam kereta. Mereka sibuk bergelak ketawa, bercanda ria di dalam kereta. Ah Amir , dasar lelaki buaya tembaga kurus kering tak sedar diri betul !

Mona menceritakan kepada Jamina tentang Amir dan perempuan barunya itu, atau yang lebih tepat Amir dan betina perampas. Ha, baru padan dengan mereka.

“Aku tak faham lah dengan si betina tu, duk sibuk nak mengorat boyfriend orang kenapa?” Jamina tiba-tiba menyuarakan pendapatnya.

“Entahlah Mina, dia mungkin gembira jadi orang ketiga, yang merananya aku sebab aku orang pertama. Cuba kalau dia jadi yang pertama, baru dia tahu pahit pedihnya macam mana,” Mona kedengaran pasrah. Biarlah dengan apa yang dah berlaku. Yang penting, takkanlah lelaki buaya seperti Amir yang akan dikahwini Mona kelak. Tuhan dah bagi petunjuk, dia ikutkan sahaja. Adalah tu, lelaki lain yang akan datang mengubat duka di hati, dan menjadi penghibur di saat kesedihan kelak. Cewah.