Mona tergesa-gesa keluar dari shopping complex tersebut. Tergesa-gesa juga dia menelefon Jeffrey, suruh ambil sekarang. Sang matahari tegak di atas kepala dah tak menjadi masalah bagi Mona asalkan dia dapat pergi dari situ. ASAP. Masuk sahaja di dalam kereta, Mona lega. Jeffrey pulak terpinga-pinga melihat gelagat Mona.
“Baru jumpa hantu?” tanya Jeffrey. Kuasa aircon dalam keretanya dikuatkan. Mona nampak panas. Bukan ‘hot’, tapi panas. Panas yang betul-betul panas. Panas sebab cuaca terik sangat.
“Aah, scary gila, nasib tak pengsan” jawab Mona. Sekeping kertas yang diambil dari dalam dashboard kereta dikibas-kibas ke arah mukanya. Memang panas sangat gamaknya.
“So, you tegur dia tak?”
“Tak, dia yang tegur I,”
“Haih, fobia sangat dengan ex-boyfriend you tu kenapa?”
Mona buat muka. Dia dah malas cakap pasal Amir. Tapi entahlah, memang dah dia fobia dengan Amir. Nak buat macam mana.