Jeffrey kata, dekat kasut Vans Zapato warna ungu dia tu masih ada kesan kena pijak oleh Mona. Cuma kena tenung kasut tu lama-lama, lepas tu mesti boleh nampak kesan kena pijak tu. Tapi Mona kata itu semua tipu. Jeffrey memang kuat merepek. Jeffrey diam. Sebab dah banyak kali dia cerita pasal kesan kena pijak tu tapi Mona tak percaya. Dia tak faham kenapa Mona kata dia merepek. Padahal betul lah masih ada lagi kesan kena pijak dekat kasut Vans Zapato warna ungu tu. Seingat dia, pada masa Mona pijak kasut Vans Zapato warna ungu tu, dia dah ‘capture and save’ moment itu dalam hati. Jadi kalau ikut logik, mestilah kesannya masih ada hingga ke hari ini kan. Kejap lagi Jeffrey nekad untuk bercerita perihal kesan kena pijak tu dengan Mona lagi. Kalau Mona masih tak percaya, mungkin dia kena bedah hati dia dan tunjukkan bukti. Oh lagi satu, Mona dah berkali-kali ingatkan Jeffrey pasal BBQ dekat rumah Mina minggu depan. Walau tak ingat pasal BBQ tu, Jeffrey dah janji dengan Mina nak bawak kuih. Mina pulak macam tak dan dan tiba-tiba terasa nak makan kuih badak berendam. Tapi sebenarnya idea bawak kuih tu keluar random sahaja dari mulut Jeffrey. Dan sekarang, Mona yang jadi mangsa.
“Haa, sekarang siapa nak buat kuih badak berendam ni? I tak reti,” kata Mona
“Alah, you buat je lah. Nanti I cari tepung kuih badak berendam instant dekat kedai,” jawab Jeffrey sambil….ah, entahlah sambil buat apa.