Mona menolak pintu kedai 7eleven, sambil menjeling kepada Jeffrey yang menyusulnya dari belakang. Jeffrey buat muka dek. Malam-malam macam ni dia memang malas nak jadi gentleman. Malas nak tolong bukak pintu. Mereka kemudiannya ke bahagian rak-rak makanan di belakang. Entah apa yang nak dibeli Mona. Jeffrey cuma melihat-lihat sahaja sambil tangannya ligat bermain dengan zip hoodie yang dipakainya. Sekejap dia zip sampai ke atas, sekejap dia turunkan zip tu balik. Dah bosan sangat nampak gayanya.
“Jeffrey Othman, you nak apa apa tak?” tanya Mona sebelum bergerak ke kaunter. Jeffrey hanya menggeleng.
Kebetulan adik manis 7eleven baru mula bekerja. Nak kira barang pun nampak macam terkial-kial lagi. Dek kerana penat menunggu, Mona tiba-tiba menarik lengan Jeffrey. Jeffrey buat muka blur.
“Dik, abang handsome ni nak nombor telefon,” kata Mona semasa beg plastic bertukar tangan. Mona cuba control gelak apabila melihat ekspresi muka Jeffrey.
Adik manis 7eleven jadi tersipu-sipu malu. Sampai merah-merah pipi dibuatnya.
“Dik, isteri abang ni bergurau je,” kata Jeffrey selamba
Akward silence