#7


Adalah paling menyesakkan jiwa bila setiap langkah yang aku ambil mengingatkan aku pada kamu
Setiap bunyi desir angin
Siulan burung
Bahkan melihat bulan saja sudah mengingatkan aku pada kamu
Kita kalau ketemu lagi, ketahuilah kamu bahawa aku akan berlari jauh
Tidak akan toleh kiri, kanan, hatta belakang sekalipun
Dan kita kalau ketemu lagi, ketahuilah bahawa aku masih akan mampu tersenyum
Tapi siapa tahu,
mungkin berlari pulang ke rumah dengan sekolam air mata