Muzir anak Mak Senah di hujung kampung tu tak pernah pulak terfikir bahawa satu hari nanti dia bakal berjumpa dengan Felise, gadis mix Combodia-Arabian yang berniqab dan ber-abaya hitam panjang meleret. Lalu apabila mereka benar-benar berjumpa buat pertama kali, Muzir bertanya tiga soalan serius kepada Felise. "Apa kau ini jodoh aku?" Itu soalan pertama. Felise hanya berdiam diri. Matanya terkelip-kelip. (Senyumannya tak dapat dilihat kerana niqabnya). Memandangkan Felise tidak menjawab soalan pertama, Muzir terus bertanyakan soalan kedua. "Apa kau sedia jadi isteri yang baik untukku?" Felise masih lagi diam. Muzir sudah mati akal. Apa Felise ini bisu atau apa sebenarnya soalan dia itu salah? Too soon to talk about marriage maybe?
"Muzir..."
Felise bersuara. Lembut. Selembut angin yang menyapa lubang telinga Muzir.
"Iya?"
"Aku jodohmu kalau kau yakin,"
Berterabur degup jantung Muzir dibuatnya. Ni nak adjust degup jantung dulu ke nak kahwin dulu ni?
Ya. Yakin!
"Muzir..."
Felise bersuara. Lembut. Selembut angin yang menyapa lubang telinga Muzir.
"Iya?"
"Aku jodohmu kalau kau yakin,"
Berterabur degup jantung Muzir dibuatnya. Ni nak adjust degup jantung dulu ke nak kahwin dulu ni?
Ya. Yakin!