Jeffrey lambat lagi. Bukan sekali dua. Dah banyak kali. Cacing dalam perut Mona dah menari-nari. Dari tadi menari tarian tradisional kontemporari, rasanya sekarang sedang ber-breakdance. Adalah dalam sejam Mona tunggu di hadapan rumah. Tadi kata dah on the way. On the way dari mana? London? Tak lama kemudian, kereta Jeffrey muncul di hadapan rumah.
“Sorry sayang. Kucing housemate I sakit,” kata Jeffrey sebaik sahaja Mona masuk kereta.
“Ramona is angry. Really angry. And lets go to eat, or else I’ll eat you,” jawab Mona dengan nada mak tiri garang.
Suasana tegang di meja makan. Jeffrey mati akal.
“RAWR!” Jeffrey via sms
“Apa?” Mona via sms
“Its ‘I love you’ in dinosaur language” Jeffrey via sms
“You ingat I faham bahasa dinosaur ke?” Mona via sms
“You nampak garang macam dinosaur, I ingat you faham. Hehehe” Jeffrey via sms
Pap! Mona ketuk meja. Jeffrey yang dari tadi agak tertunduk kerana menulis sms sedikit tersentak.
“Haaa, I senyummm macam ni nampak macam dinosaur lagi tak?” kata Mona sambil tersenyum menampakkan semua barisan giginya.
“You, ada cili lah dekat gigi,” kata Jeffrey
“Tipu tipu tipuuuu, I comel kan? You jealous lah tuuu,” jawab Mona selamba