Little thing called rindu


Terbanglah rindu
Pergi jauh-jauh
Sampai di jendela dia
Khabarkan pada dia tentang perihal rindu aku

Terbanglah rindu
Pergi jauh-jauh
Sampai di jendela dia
Khabarkan pesanan sayang aku

Terbanglah rindu, perlahan-lahan
Jangan pula sampai terlanggar awan (dan juga kapal terbang)




I'm Married to My Twitter Crush (2)



Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga enam manusia. Ayah, Mak, abang, aku, Icah, Pikah, dan Nina. Sejak dari kecil aku seperti sudah boleh merasakan kemana hala tuju hidupku. Hanya berdasarkan bagaimana Ayah dan Mak didik kami sekeluarga. Ayah, orangnya pendiam. Tidak banyak berkata-kata(membebel) seperti Mak. Setiap butir bicara ayah penuh makna dan aku paling takut kalau ayah marah. Sebab selalunya kalau ayah marah, maknanya dia memang betul-betul marah. 



Mak pula, gemar berkata-kata(membebel) dan menunjukkan ekspresi muka. Aku rasa Mak sesuai jadi pelakon. Kadang-kadang perasaan Mak macam over. Susah nak terangkan sekarang, nantilah. Bila masanya sudah tiba. Abang. Abang dah lama meninggal dunia. Jadi, basically aku lah anak sulung dalam keluarga. Abang meninggal dunia ketika berusia 12 tahun. Ini pun, nanti-nantilah aku cerita. Icah, Yam dan Nina adalah tidak lebih daripada tiga orang adik yang annoying. Tapi aku boleh katakan yang mereka adalah kanak-kanak sedang membesar. Annoying bukan masalah bagi aku. Aku mungkin kelihatan rebellious pada zahirnya, tapi hakikatnya aku rasa aku adalah seorang perempuan berusia 20 tahun yang sangat fragile. Well, aku kadang-kadang menangis, ketawa, dan emosional tiba-tiba. Fragile lah tu kan?




Kalau aku diberikan peluang, aku ingin Tuhan hidupkan kembali Abang. Abang pergi terlalu awal. Terlalu awal, dan tidak adil untuk aku. Sebenarnya tidak adil juga untuk Ayah dan Mak, tetapi paling tidak adil untuk aku. Sepanjang 20 tahun hidup, aku merasakan hidup aku kurang adventure. Bosan. Tipikal dan tanpa unsur-unsur drama. Walaupun pada mulanya, aku rasakan pemergian abang secara tiba-tiba adalah tidak ubah seperti plot drama. Tapi itu 1o tahun yang lalu. Perasaan konflik, suspen, stress,sedih, gembira, suka duka itu sudah semakin hilang. Ayah dan Mak juga sudah semakin melupakan drama ini yang suatu masa dulu pernah merobek jiwa mereka. Aku bukanlah meminta Tuhan supaya menjatuhkan peristiwa pahit kepada keluarga kami, cuma aku mahukan sesuatu kerana seperti ada yang kurang. 


Why so serious? Ini kisah cinta lah. Hehe


I'm Married to My Twitter Crush (1)


For whom it may concern, I’m married to my twitter crush. He’s 20, about the same height as me, funny and cute.

Hai. Nama saya Anna.