Bahagia


Saya sedang berfikir, berfikir tentang kita yang tak ketahuan ini. Fikiran saya menerawang jauh ke suatu destinasi yang saya juga kurang pasti dimana. Di saat saya begitu berbahagia, hati saya mula bertanya, bagaimana ini akan berakhir? berbahagiakah saya sehingga ke hujungnya atau kisah saya ini cuma persinggahan untuk kisah yang lain. Saya, sebuah kotak kosong bertopengkan manusia. Saya, kalau diterbangkan angin pun tak mengapa. Siapalah saya. Mungkin cuma seorang manusia yang tidak tahu menikmati bahagia. Pada ketika saya terlalu asyik memikirkan tentang 'kita', pada saat saya menggunakan kata ganti diri 'kita' dan bukan saya..pada saat itu saya sedar bahawa hati ini kalau terluka pasti parah. Now tell me sugar, how could I ever live without you?